script :

Kamis, 05 April 2012

Puisi -Dulu dan Kini-



-Dulu dan Kini-


Dulu..

Aku telah belajar..

Bagaimana untuk meniarap..

Lalu kutahu caranya..

berada dalam posisi lebih selesa..


Dulu..
Aku telah belajar..cara merangkak..
Dengan itu,aku tahu caranya ..
Untuk sampai pada pelukan ibu..

Dulu..

Aku juga telah belajar..

Bagaimana untuk berdiri..

Oleh itu,Aku tahu caranya..

menginjak-injakkan kaki..

Atau melompat-lompat kecil..



Dulu..

Aku telah belajar ..

Bagaimana untuk berjalan..

Dengan itu,Aku tahu caranya..

Mengambil permainan yang berada jauh..

Tempat ayah sembunyikan..



Dulu..

Aku telah belajar..

Caranya untuk berlari..

Oleh itu,Aku tahu caranya..

Berkejar-kejaran dengan Abangku..





Lalu..

Aku belajar pula di sekolah..

Bermula di PASTI..

Dan Semakin TINGGI..

Tinggi dan tinggi..





Kini..

Aku sedang belajar mematangkan diri..

Aku belajar caranya..

Membuang Sifat Nafsi dalam Hati..

Aku belajar ..melihat Dugaan hidup ini..

Dari perspektif ISLAMI..

Kerana..

Aku tahu..Sinar yang menunggu..

Aku pasti..Kebahagiaan yang menanti..





Kini..

Aku juga sedang belajar..

mendewasakan diri..Dalam meniti..

Saki-baki DUNIAWI..

Dan juga sedang berfikir..

Tentang bakal hidupku nanti..

Turut sedang mengarang..

Rencana terbaik untukku persembahkan..

esok hari..

Juga sedang merancang..

Jalan tersempurna..Untukku lalui..

Agar pementasan riwayat ini..

Diterima PENCIPTA diri...

AMIN..............

Kita Bertanya...???


Kita bertanya..

Siapa Penyejuk hati?

Al-Quran menjawab..

Penyejuk hati ialah insan yang HATINYA LUHUR..

Kita bertanya..

Siapa hatinya LUHUR?

Al-Quran menjelaskan..

Hati yang LUHUR ialah hati yang selalu berniat SUCI..

Kita bertanya..

Siapa yang hatinya berniat SUCI?

Al-Quran menghuraikan..

Mereka yang berniat suci ialah ..

..............................................................................

Dalam jiwanya Hanya ada ALLAH..

Perilakunya hanya kerana ALLAH..

Hidupnya hanya untuk ALLAH..

Berkawan kerana ALLAH..

Belajar kerana ALLAH

Bercakap perkara yang BAIK..

Melihat perkara yang HALAL..

Mendengar hal yang MULIA..

Menganggap Semua manusia adalah SAUDARA..

Mencintai saudara seperti mencintai dirinya..

Sentiasa bersyukur ..

Sentiasa Bermunajat..

membasahkan lidah dengan ZIKRULLAH..

Melihat Hakikat Kejadian ALAM..

Dengan MATA HATI..

Dan.. Mementingkan AKHIRAT..

Berbanding DUNIA...

 

 

 

 

_Diari HidupKu_

Teman.. adalah insan yang paling hampir dengan kita..

Insan yang paling rapat dengan kehidupan ini..

Kadangkala Teman menjadi insan TERPENTING...

Tiadanya..Membuat kita merasa kosong..

Dan hidup bagai tak lengkap..

Perjuangan pun hambar..

Langkah jua tak teguh..

Kerana tiada yang menemani..

Tiada yang sudi mendengar rasa hati..

Tiada yang sudi memberi MOTIVASI..

Tiada semangat yang mendampingi..


Dan semuanya tiada... tanpa teman disisi..

Kerana teman sememangnya ..

Antara individu paling penting..

Antara faktor paling utama..

Kecemerlangan kehidupan..

Di pentas DUNIA..mahupun..kampung AKHIRAT..



Tidak ada komentar:

Poskan Komentar